Friday, June 1, 2012

say NO to maksiat



rasa nak bermaksiat pada Allah? 


Rasa nak lakukan kemungkaran?


Ingatlah KEMATIAN itu sedang mengekori anda.


Ingatlah pada neraka yang 'horror' SERAM dan pedih seksaannya.


Ingin jauh pada dosa2..?


Ingin berhenti melakukan maksiat..?


kembalilah pada ALLAH.


dan....


belajarlah MENCINTAI ALLAH..

Allah..peganglah hati2 kami dan penuhkanlah hati kami dengan kecintaan kepadaMu dan jauhkanlah kami daripada melakukan maksiat kepadaMu.
Ampunkan kami ya Rahman..
:'(

Tuesday, May 29, 2012

Perjalanan kehidupan.

Betapa kehidupan di dunia ini hanya sementara. Pernahkah kamu terfikir..

Lately, banyak dengar kisah para alim ulama yang meninggal dunia, dan banyak jugak mendapat berita sedih tentang kematian saudara2 di Malaysia.Tak kurang jugak berita2 yang menyayat hati di Palestin dan Syria.
Pembunuhan yang kejam oleh rejim Basyar Asad benar2 membuatkan hati ini membengkak, geram dan sakit hati melihat perlakuan x berperikemanusiaan pemerintah yang zalim itu.
Rasa sangat kecewa dengan diri sendiri..apa sumbangan aku untuk membantu menghentikan kekejaman di sana.
Hanya mampu menitipkan doa siang dan malam untuk saudara2 ku di sana. Hanya mampu memboikot sekadar yang mampu barangan2 yang memberikan keuntungan pada Israel.
Tika melihat gambar2 kekejaman terhadap kanak2 yang x berdosa tu,,aku hanya mampu mengalirkan air mata, menahan pilu melihat penderitaan mereka.. Sedih. 

Allah..kebenaran pasti akan menang. Itu janji Allah.

Minggu ini minggu pengakhiran untuk semester ini sbelum masuknya exam week. maka..exam mode=on.
Terasa sesak bagai minggu yang penuh dengan test dan colloq2 yang harus mesti lulus sbelum dapat mnduduki final exam.
Kadang2 terasa berat untuk mengharungi bebanan2 sebelum dapat pulang ke Malaysia. Bila teringat kembali akan kata2 Allah, hati terasa segar.

sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (94:6)

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),(94:7)

Sangat suka surah ini surah asy-syarh.Betapa ayat ini memberikan kesegaran pada hati untuk terus bersemangat dalam melaksanakan sesuatu urusan ...
Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan2 ku dalam jalan ini...


Terima kasih jugak buat seseorang yang sangat aku cintai keranaNya kerana menghadiahkan aku sepotong ayat yang cukup indah lagi  bermakna dari Syed Qutb.

“ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit.. diturunkan ke lubuk hati orang beriman.. mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan”- Syed Qutb

Ayat peneman untuk terus kuat dalam meniti jalan ini.. jalan menuju redha Illahi.Jalan untuk meraih cinta Illahi. Terima kasih.
Semoga Allah redha.


Semalam, telingaku di sapa dengan ungkapan indah daripada seorang sahabat yang amat aku kasihi.

"Kalau aku nak berubah jadi lebih baik, kau jangan terkejut ye"

Alhamdulillah.
Hanya itu yang mampu aku ungkapkan dalam hati ini. Betapa Allah mendengar doaku saban hari. Sungguh hati dia lembut. Jika aku tidak mampu menyentuh hatinya , biarlah Allah yang menyentuh hatinya dengan petunjuk dan hidayahNya, Aku yakin..hati sahabatku itu benar2 ikhlas.

Fitrah manusia..ingin hidup bertuhan. Bukankah kita hanya manusia yang lemah.Perlukan Zat yang maha agung untuk bergantung harap.

Kematian itu satu kepastian. Dan aku seorang yang takut pada kegelapan. Aku x nak kuburku gelap hitam pekat menakutkan. 
Allah..rajinkan aku ini untuk membaca alquran..agar terang kuburku dengan cahaya2 cintaMu..

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" (63:11)


wallahualam..


volgograd,russia
2.25pm

Friday, May 25, 2012

doa: Allah..peganglah hati ini

Allah..
sila pegang hati ini..
jangan Kau palingkan hati ini
sesudah Engkau berikan hidayahMu padaku


Allah..
jangan Engkau biarkan aku..
bertatih sendirian mengharungi kehidupanku
Sila pegang hati ini ..
agar aku tidak sesat dalam kegelapan..


Allah..
betapa aku mengharapkan
agar hari2 yang aku lalui ini..
sentiasa dipermudahkan Engkau..
betapa aku sentiasa mengharapkan..
agar rahmatMu tak pernah sirna buatku..
maka ya tuhanku..
kasihanilah aku hambaMu yang lemah ini..


Allah..
jangan Kau tarik hidayahMu ini
tunjukkan aku jalan yang benar ya Allah
jalan yang lurus.
jalan orang2 yang telah Engkau berikan nikmat
pada mereka..
bukan jalan orang yang Engkau murkai
apatah lagi jalan mereka yang sesat..
maka ya Rahman.
peganglah hati ini..
agar tertsabat pada jalan yang Engkau redhai..


ya Allah..
dengarlah doa hambaMu
Kasihilah hambaMu yang hina ini..
perkenankanlah doa ini
Hidupkanlah kecintaan kepadaMu
di dalam hati ini..


maka..
Ya Allah...
peganglah hati ini...


aamiin ...







1.33am
volgograd, russia

Thursday, May 24, 2012

birthday card untuk bonda tercinta :)

Dengan rasa gembira dan bahagia saya umumkan.. 25/5/2012 adalah hari ulangtahun orang yang paling saya sayang dalam hidup saya iaitu...


bonda tersayang.^^


ada kad ucapanlah....


kad ucapan untuk bonda...


#sila buka kad ucapan ini dengan bismillah...


------------------------------------------------------------------------------------------------------
buat bonda yang tercinta,
Selamat Hari Lahir yang ke 55 tahun bonda..Semoga Allah memayungi bonda dengan payung rahmat yang penuh barakah. Mak adalah ibu yang paling the very superwoman lah... the great mother ever. Melahirkan sebanyak 13 kelahiran tanpa merasa penat menjaga kami semua.. mak memang ibu yang hebat, kuat dan tabah.
Semoga usia yang bertambah ini terus diredhai Allah. 
Murni mendoakan jugak..semoga mak sihat selalu, kuat bertenaga dan ceria selalu di samping ayahanda tercinta dan keluarga yang bahagia..


happy birthday mother..
Baru kita perasan yang gamba mak ngan kita x banyak pon..ad dalam 2 3 keping je..nih pun gambar 2 tahun lepas sebelum kita fly dekat airport sultan mahmud. Tapi oke lah..kita x banyak berubah pon mak dalam gambar nih dengan sekarang. Maintain =)...anak mummy kan...^^hehe
tapi balik nati kita ambik gambar puas2..kan kamera beso ad dah sute...hehe..


tulip untuk mak..salam rindu dari volgograd :)




banyak benda nak storey morey nih mak..xpe..esok kita call mummy yea;;
okelah..x leh tulis panjang2..esok ada colloq (test kecik)...doakan Murni yea..


sampaikan salam buat ayahanda tercinta dan adik beradik yang lain jugeww~




yang mencintai kalian selalu,
anakanda Murni
volgograd, Russia
10:19pm





Sunday, May 20, 2012

Quran dan burung Hud2 berjiwa besar

Suka saya mulakan entri ini dengan mengajak kalian semua membuka surah an-Naml iaitu surah yang ke 27 ayat 15 hingga 27 (27:15-27)..



Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".
(An-Naml 27:15)



Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata".
(An-Naml 27:16) |



Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
(An-Naml 27:17)



(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
(An-Naml 27:18)



Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".
(An-Naml 27:19)



Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?
(An-Naml 27:20)



"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)".
(An-Naml 27:21)



Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.
(An-Naml 27:22)



"Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar.
(An-Naml 27:23



"Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, -
(An-Naml 27:24)



"(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.
(An-Naml 27:25



"Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ".
(An-Naml 27:26)



Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta.
(An-Naml 27:27)

Potongan2 ayat ini menceritakan kisah antara Raja Sulaiman dan burung Hud2. Apa yang menariknya kisah burung hud2 ini. Selama ini cerita tentang burung hud2 ini tak pernah bermain dalam fikiran saya. Hanya seekor burung apalah sangat. Itu yang saya fikir. Tapi setelah mentadabbur surah anNaml(semut) ...saya begitu tertarik dengan kisah dan keperibadian burung hud ini.
Oke..apakah burung hud-hud ini sebenarnya. Jom kita berkenalan dengan burung hud2 ni dahullu. Orang cakap..tak kenal maka x cinta kan. 


ini adalah burung yang di maksudkan..
Atau mungkin juga burung ini boleh dipanggil sebagai burung belatuk..Hurmm ..mungkin. Bayangan saya tentang burung ini sebelum saya menggoogle adalah sgt cute dan comel dan ternyata burung ini sgt comel .:)

alquran has everything what men need in their life!

saya kira kisah antara Nabi Sulaiman dan burung hud2 ini memberikan banyak pengajaran sekiranya kita benar2 menghayati kisah ini dalam potongan2 ayat di atas,,

Dua watak yang ingin sy ketengahkan dalam ayat2 ini ialah :
1)Nabi Sulaiman a.k.a Raja Sulaiman
2)Burung hud2 a.k.a burung belatuk 

 Ternyata kehadiran burung Hud yang kecil ini turut mendapat perhatian daripada Raja Sulaiman (Nabi Sulaiman )...Betapa telitinya Raja Sulaiman terhadap kerajaan nya sampaikan burung hud2 atau belatuk ini yang tidak hadir pun dapat dirasainya. Betapa Allah maha besar  memberikan kelebihan itu pada Nabi Sulaiman.

Kita lihat pula bagaimana sifat Raja Sulaiman yang begitu tegas terhadap burung hud2 yang tidak mengahdiri perjumpaan tersebut, namun di sebalik ketegasan itu masih ada ruang bicara yang diberikan untuk menjelaskan alasan alsan kenapa burung hud lambat mengahdirkan diri pada perjumpaan tersebut . Raja Sulaiman tidak secara membabi buta menjatuhkan hukuman terhdap burung hud tersebut. Jadi apa yang harus para pemimpin sekarang contohi adalah sifat toleransi di sebalik ketegasan itu. Toleransi yang diberikan sedikitpun tidak merendahkan martabat mereka sebenarnya sebaliknya menunjukkan betapa mereka sangat professional.

Kita lihat pula bagaimana sifat2 mulia yang ada pada burung hud2 ini.
  • kecil tapi berjiwa besar menjalankan misi mentauhidkan Allah yang satu
  • Menghormati dan taat pada pemimpin iaitu Raja Sulaiman
  • Sangat komited dan optimis dengan tanggungjwab terhadap ummah
  • mempunyai kepekaan dan keprihatinan yang tinggi terhadap ummah 
  • sangat proaktif dalam mencari ruang2 kebaikan
  • bersemangat tinggi untuk menyedarkan orang lain untuk mentauhidkan Allah
Kecil bukan sekadar kecil,,kecil hanyalah saiz, tapi kerana berjiwa besar, burung yang kecil ini sangat mulia di mata Allah kerana keikhlasannya membawa perkhabaran tentang mereka yang tidak menyembah Allah.
Apa yang harus kita ingat sentiasa ialah kita bukan hidup sekadar untuk diri kita sendiri. Kita hidup untuk memberi manfaat kepada orang lain. Bukankah 10 muwasaffat amal , itu salah satu isi nya. Jadi kenapa x kita menyahut seruan tersebut. Menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain. 

Sedar atau tidak..kita sebenarnya mempunyai panduan hidup yang sgt lengkap. Betapa alquran itu ada segala galanya. Tinggal kita nak menggali atau tidak isi kandungan tersebut.
Banyak kisah pengajaran yang boleh kita ambil iktibar, yang mampu menjadi titik tolak untuk kita melakukan transformasi.
Generasi yang hidup bersama alquran adalah generasi yang hebat.
Mahukah kita menjadi generasi yang hebat itu??

Bila diri dinasihati dengan kata2 dari alquran. hati berasa tenang.
Sungguh kalimah2 Allah itu memujuk dan meredhakan keresahan hati..

45:20
"(al-quran ) ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk bagi dan rahmat bagi kaum yang meyakini "

credit

Tersenyumlah dengan nikmat yang diberikan...nikmat Islam yang sungguh mulia.

"maka..nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan"-arRahman
(55:13)

------------------------------------------------------------------------------
#subhanallah, hari ni Volgograd Allah hadiahkan pelangi yang sangat cantik dan petang yang keemasan warnanya..sangat cantik .

view from hiroshima hostel ..credit to safira

Oh..hari ni sy dapat hadiah gelas kaca 3 bijik..pun cantek sangat  sempena Family Day KUV..tenkiuw kpd yang memberi :)

Alhamdulillah....

9:33pm
volgograd, Russia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it

muka buku